Pelancaran 2 Ranting di Dun Batu Caves

Batu Caves 2-Mar: Y.B Amiruddin telah meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agong Dua Ranting di Dun Batu Caves iaitu Ranting Taman Batu Caves yang diKetuai oleh Sdr Razali dan Ranting Indian Settelment yang diketuai oleh Sdr Viriya (appu) di Dewan Orang Ramai Kg Indian Settelment malam tadi.

hampir 35 ahli dari kedua Ranting hadir menunjukkan sokongan kepada parti. Dalam ucapannya Y.B Amiruddin sempat menyampaikan beberapa isu isu semasa terutamanya isu Lompat parti dan kesetiaan pada parti, isu air, GST dan sebagainya.

Sementara itu Masalah pemilikan Tanah Kampung Indian Settelment yang tidak selesai sejak 50 tahun lalu dijangka akan selesai secepat mungkin. Menurut Y.B Amirudin beliau ketika ini sudahpun mengadakan mengadakan beberapa siri pertemuan bersama Y.B Azmin diantara pejabat tanah dan wakil penduduk.. beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah yang tertangguh selama 50 tahun ini sebelum 2012

No comments:

Post a Comment